1 Malaysia ; Sambutan Merdeka- 52

World Fix by Razzy
0

Renungan Pada Hari Merdeka

52 tahun bukanlah satu jangka masa yang panjang. Jika anda lihat pada apa yang telah kita capai dalam ruang masa tersebut, ianya sungguh luar biasa. Kita telah beranjak daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi pembuatan dan perkhidmatan yang mengeksport produk ke seluruh dunia. Kita telah melabur dengan begitu banyak sekali untuk meningkatkan taraf kesihatan, pendidikan dan kehidupan. Pada 1957, lebih separuh daripada penduduk kita hidup di bawah tahap kemiskinan. Hari ini, kurang daripada 4%. Kita telah lama keluar daripada keadaan itu. Namun, kita masih perlu kekal menumpukan perhatian untuk meneruskan usaha ini pada masa hadapan.

Salah satu ciri yang membezakan Malaysia, dan yang telah membuatkan kita berbeza ialah kepelbagaian masyarakat kita. Kepelbagaian ini mengukuhkan negara kita. Ini diperlihatkan dalam cara kita membangun dan dalam persaingan ekonomi kita. Untuk mempersiapkan diri kita kepada pertumbuhan masa hadapan, kita perlu realistik berhubung cabaran-cabaran yang akan dihadapi. Mencari sektor baharu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan mendidik anak-anak muda untuk menjadi usahawan, menjadi keperluan bagi memajukan sektor-sektor ini. Faktor-faktor inilah yang akan menentukan sama ada Malaysia mampu berdaya saing atau tidak pada masa hadapan.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)