Isu Gangnam Style

World Fix by Razzy
0

1- Sejak video Gangnam Style diupload pada 15 Julai 2012 di Youtube (rujuk :http://www.youtube.com/watch?v=9bZkp7q19f0), seramai 74,798,987 yang telah menonton. Itu di Youtube sahaja. Di televisyen? Radio? Bahkan jumlahnya berganda-ganda.

2- Artis Hollywood ramai yang puji. Kata mereka tarian kuda oleh PSY itu unik. PM Najib Razak pun tumpang semangkuk
. Update di twitter tanya pendapat rakyat kenapa lagu ini jadi fenomena.

3- Apa jua parody yang melibatkan Gangnam Style di Youtube ianya ditonton jutaan manusia. Parody 1 : Byuntae Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=G-eCB6R5tCM). Diupload 1 minggu lepas, dan kini ditonton 4.7 juta manusia. Parody 2 : Hondae Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=TmIlbyLIcKg). Diupload pada 3 minggu lepas, kini ditonton 2.1 juta manusia di Youtube.

4- Bukan sahaja parody dari warga Korea, bahkan ianya dibuat pelbagai versi mengikut negara. Contoh : Singaporean Style (rujuk :http://www.youtube.com/watch?v=VFqLy27OSd4), upload 2 minggu lepas, yang menontonnya 800k. Contoh 2 : Chicago Style (rujuk :http://www.youtube.com/watch?v=2ik9N1a9A1E), ditonton 746k..

5- Rakyat Malaysia pun tumpang juga fenomena ini. Yang takdek kena mengena dengan menari kuda pun menggunakan nama yang sama. Maka muncullah video Suasana Gangnam Raya (rujuk :http://www.youtube.com/watch?v=VGq35nHO95s). Diupload 6 hari lepas, ditonton 866k..

6- Ada 1 lagi video dari Malaysia. Diupload 2 hari lepas. Orang Sabah Style. 2 hari je video ini telah ditonton seramai 547,301 manusia. (rujuk :http://www.youtube.com/watch?v=xUNb4yBz9Ck)

7- Ada lagi yang lain. Korang cari sendiri. Taip je Gangnam Style di Youtube, pasti macam-macam yang keluar.

8- Apa erti semua ni? Pertama, ia bukti jelas Gangnam Style menjadi fenomena masyarakat antarabangsa, seperti yang aku nyatakan di atas.

9- Kedua, walaupun video yang diupload takdek pun tarian kuda, ia tetap akan ditonton oleh ratusan bahkan jutaan manusia. Dengan syarat, kau letak je Gangnam Style Raya, Suasana Gangnam Raya dan lain2. Bila orang search Gangnam Style, menempel la video yang kau upload tu. Padahal kau menari poco-poco je.

10- Ketiga, Korea terus mendominasi muzik di peringkat antarabangsa. Kpop satu hal, kini demam Tarian Kuda pula. Budak Melayu Islam pun ikut. Alahai..

11- Ok, cukup ulasan Bab lagu. Sekarang nak masuk bab lain pula. Respon masyarakat muslim Malaysia.

12- Ada yang obses akan tariannya, yang sekadar ambil tahu dan yang ketiga melahirkan kekecewaan terhadap penerimaan Umat Islam Malaysia akan lagu ini.

13- Dari kekecewaan itu, maka muncullah 1 poster di facebook yang memaparkan 2 situasi, Gangnam Style & Solat/Tahajud Style.. Mereka gambarkan Umat Islam mudah ikut Style yang menghancurkan umat islam itu sendiri. Sedangkan style dalam agama Islam dah cukup bagus.

14- Melalui komen di Youtube pula, ada pula yang komen sebegini : "manusia akhir zaman .. tak sedar apa yg sedang mereka minat dn suka .. jadi manusia biar berfkr .. tarian gangnam style unsur pemujaan dan gaya tarian penuh maksiat .. itu ka manusia suka ?? fkr la beb..". Korang boleh check dalam video Sabah Style.

15- Aku tak pelik jika respon2 sebegini muncul. Itu biasa di Malaysia. Setiap orang berbeza sudut pandangan mereka. Kita raikan dan hormati pandangan mereka.

16- Bagi remaja2 Muslim yang meminati lagu ini, apa kata mereka? Sudah pasti mereka akan kata kami layan je. Bukan tiru pun. Dan mereka akan nampak agama hanya tahu menghukum. Walhal Islam tidak begitu. Itu belum lagi diambil kira pandangan non muslim. Jawapan balas dari video Gangnam Sabah tu :

"Ustat2. sudah la, bawa2 la cermin diri sendiri. sy ni mmg2 confirm masuk neraka sudah.. tp saya tidaklah sebiadab kau.. Klau ada yg tdk btul tegur baik2. Klau sdh mmg orang tidak blh terima nasihat kau then retreat kepada Tuhan. Minta dia tolong kasi btul. (Klau la) Ni perangai xda beza dgn orng yg confirm masuk neraka. Fikir2 la Ustat. Bykkan berzikir, sedekah, taubat.. pergi tlng orng d syria, palestin. PBB perlu volunteer. Ckup2 la jadi keyboard warrior,, ni smua video kau jd keyboard warrior" Nampak tak apa aku nampak? Pendekatan sesetengah dari kita salah.

17- Alangkah baiknya kita sebagai Umat Islam memanipulasi Fenomena Gangnam Style ini untuk menyampaikan dakwah Islam. Manipulasi? Macam mana tu. Baik, aku terangkan.

18- Caranya mudah, hasilkan sahaja video berunsur islamik dan kau letakkan tajuk Gangnam Style Hijab. Cuma kau lihat beberapa hari sahaja video kau akan ditonton ratusan ribu manusia. Walhal kau hanya hasilkan tutorial memakai tudung sahaja.

19- Banyak lagi video yang boleh dibuat. (Gangnam) Style Solat Khusyuk, (Gangnam) Style Negara Kebajikan dan macam2 lagilah. Isi video bukan menari sama macam video asal, kau hanya gunakan tajuk itu sahaja untuk menarik jutaan penonton di Youtube. Kalau fenomena ini dah kurang, edit je la tajuk tu kepada yang kau kehendaki. Pokok pangkalnya MANIPULASI ia untuk Islam.

20- Percayalah, fenomena seperti ini jangan dibiarkan begitu sahaja. Manfaatkan semaksimum mungkin. Pedang lawan pedang, bom lawan bom, video lawan video!

21- Akhir kata dari aku : Islam itu Cool! Jangan nampakkan Islam itu rigid.

Salam Kemerdekaan ke 55.
Sebangsa Senegara Sejiwa
Janji Dicapati.

Source -
Sahabat Akhi Fairuz
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)