Download Einfox Aurora

World Fix by Razzy
0

eins-fox

Einsfox Aurora adalah pelayar internet pelbagai fungsi yang diubahsuai oleh saya berdasarkan pelayar internet Mozilla Firefox Aurora. Pelayar internet ini adalah portable, tidak perlu install dan mengandungi banyak fungsi menarik sama ada dari segi antaramuka, media, permainan, muat turun dan juga sekuriti.

eins-fox[7]

Einsfox Aurora dibina berdasarkan Firefox Aurora dan sentiasa dikemas kini supaya lebih stabil, laju dan dilengkapi fungsi terbaru. Antaramuka Einsfox Aurora lebih kepada antaramuka Google Chrome berbanding antarmuka asal pelayar Firefox kerana berdasarkan pendapat pengguna sebelumnya mereka lebih suka antaramuka Chrome kerana lebih ringkas dan mesra pengguna.

eins-fox[28]

Einsfox dilengkapi pelbagai addons penting dan menarik serta sokongan Userscripts dan Userstyles. Addons yang dipilih adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan pelayar Firefox lebih daripada 5 tahun.

eins-fox[14]

Einsfox Aurora adalah pelayar internet portable, dan boleh digunakan tanpa perlu install. Hanya perlu download file kemudian extract dan terus boleh digunakan. Anda boleh gunakan Einsfox bersama-sama pelayar internet lain seperti Firefox, Google Chrome, Opera tanpa menggangu sistem Windows anda.

Kalau anda sentiasa online menggunakan komputer pejabat, sekolah dan sebagainya anda boleh letakkan Einsfox di dalam pendrive atau external hard disk dan akses segala fungsi terbaik Einsfox dengan mudah dan cepat.

eins-fox[10]

Logo asal Einsfox Aurora adalah Ninja tapi anda boleh tukar kepada logo Alien, Superhero dan sebagainya dengan install script berikut : FXChrome Firefox Icons

eins-fox[12]

Jika anda peminat Youtube dan juga pelbagai laman web video, dengan Einsfox anda boleh download hampir semua jenis web video dengan integrasi DownloadHelper, Flashgot dan juga download manager popular seperti Internet Download Manager.

eins-fox[16]

Anda boleh bermain permainan HTML5 yang tersedia ada di dalam pelayar Einsfox : Angry Birds, Monster Dash, Gun Bros dan Bug Village.

eins-fox[18]

Akses menu pada butang “Ninja” atau menu asal Firefox dengan butang Alt pada keyboard anda. Untuk pembangun Web, Einsfox tersedia fungsi Firebug dan ColorZilla.

eins-fox[20]

Fungsi tersedia ada Facebook Photozoom dan juga fungsi untuk menyimpan status dan posts dalam Facebook.

eins-fox[22]

Urus tabs di dalam pelayar dengan mudah dengan fungsi panorama.

eins-fox[24]

Fungsi privasi dan sekuriti : Addon Cocoon membenarkan anda menggunakan proxy untuk bypass website yang kena blocked, contohnya Youtube atau Facebook kena blocked di universiti dan sekolah. Cocoon juga melindungi cookies dan history daripada direkod. Paling menarik anda boleh menonton video daripada website yang dikhususkan untuk penduduk US seperti Hulu, Pandora dan sebagainya.

Saya juga memasang addon Don’tPhishMe yang dibina oleh pihak Cybersecurity Malaysia bagi melindungi pelayar internet Malaysia daripada menjadi mangsa phishing. Lain-lain termasuk Adblock Plus yang menghalang iklan daripada disiarkan ketika melayar internet menggunakan Einsfox.

eins-fox[26]

Ingin mendownload sebarang flash games dalam bentuk swf? Hanya perlu download menggunakan DownloadHelper ketika bermain flash games atau menggunakan cara menekan pada favicon> media > dan cari file embed dalam bentuk .swf.

eins-fox[30]

Anda boleh menukar warna start screen dan untuk enable addons toolbar boleh tekan key Control + /


Saya akan update tutorial, tips dan maklumat mengenai Einsfox dengan lebih lanjut. Untuk yang berminat boleh download di bawah :

Download Einsfox Aurora (28 Oktober 2011)


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)