Lepas baca dan gunakan info ni mungkin screen desktop atau laptop anda akan nampak begini :
Cara-cara nya
1. Muat turun program Rainmeter dari laman web http://code.google.com/p/rainmeter/downloads/list. Gunakan yang latest pon ok, tapi sayatak prefer guna yang beta version. lepas download, klik pada program Rainmeter untuk di install pada komputer anda. Anda mesti bersetuju dengan terma penggunaan untuk melengkapkan proses pemasangan.
2. Buka folder Rainmeter selepa install selesai. Klik pada ikon Rainmeter hijau dan kuning. Ini adalah untuk activate kan rainmeter. (maklumat tambahan : rainmeter bertindak sebgai base, untuk dpat skin cantik2 anda kena cari "rainmeter skin" dan install)
3. Anda boleh pergi ke laman web yang membenarkan anda untuk memuat turun Rainmeter skin, seperti Customize.org atau SkinBase.org . Sesetengah laman mungkin menghendaki anda membuat akaun pengguna yang baru untuk menggunakan skins mereka. Saya suggestkan pergi ke sini, saya selalu download disini. Link =http://rainmeter.deviantart.com/gallery/23941137
4. Ok sekarang pilih skins mana yg anda minat dan suka. skin boleh guna lebih dari satu dlam satu masa. so nak guna 100 smpai pnuh screen pon ok.
5. Klik pada link "Download" untuk Skins Rainmeter yang telah anda pilih.
6. bagi saya selalu selepas download tekan double klik dan skin tu akan di install automatic. sekirnya tidak, unzip skins Rainmeter yang anda muat turun tadi dengan klik kanan pada fail dan memilih "Extract" . selepas itu tranfer file kedalam folder rainmeter anda.
7. Right Klik pada Rainmeter "titik air" yang terletak di system tray anda.
8. Pilih "Configs." Pilih skins yang anda mahu guna. Jika anda tidak melihat skins anda yang baru disenaraikan, klik pada Rainmeter "Refresh" pilihan. skins membolehkan anda untuk menambah "bar CPU," yang menunjukkan sistem maklumat mengenai komputer anda, seperti memori, alamat IP dan maklumat lain cakera keras. Anda juga boleh menambah jam, berita, sistem dan cuaca.
Selamat mencuba..
Regard,
-Wp-
klu nk tkrkn ke bckground asal cmne??
ReplyDelete