Cara Terbaik Menyekat USB Anda Sebagai Penyebar Virus

Monday, October 31, 2011

Salam sekalian jelata yang di rindui…

Sebenarnya... terlalu banyak yang hendak di kongsikan di sini. Dek keterbatasan waktu, azam minima 2 entri seminggu tak tercapai oleh azam..huhuhu. Kita tabik dengan Tuan Arya Putra.. tanpa kami penulis di sinipun beliau sebenarnya mampu mengkarnivalkan blognya dengan puluhan entri bak hujan. Anda carilah blog IT BM di Malaysia yang paling pantas kemaskininya selain blog IT bersumberkan berita, forum dan plagiat. Hebat tak? Dan anda adalah di antara pembaca yang ‘terhebat’ kerana telah berada di dalam blog yang ‘hebat’.

Setiap kali komputer di hidupkan.. adakah anda rasa selamat dari VIRUS? YA… anda memang selamat bila di lindungi oleh Kaspersky atau AVG atau Avira dan seumpamanya. YA… anda bertambah lebih selamat bila komputer anda sudah ada Spyware Terminator atau SuperAntiSpyware atau Malwarebytes atau sejenisnya. Cukup ke?

Dammnn… Memang tak cukup! VIRUS tercipta dari pelbagai cara dan ia juga datang dari berbagai gaya. Salah satunya ia datang melalui USB pc anda. Virus jenis ini juga di kategorikan sebagai Malware tahap bahaya. Ia merebak secara diam untuk merosakkan fail dan akan bertapak dalam pc anda sebagai pengintip. Jangan haraplah antivirus besar seperti Kaspersky, AVG, BitDefender dan seumpamanya akan kesan virus kecil macam ni. Apa kelas.. kompeni besar nak tangkap tender kecil!

Peranan kecil seperti ini kita serahkan kepada USB Disk Security. Harus di ingat biarpun berperanan kecil kewujudannya amat di perlukan. Kepada yang sudah tahu… kita kongsikan saja rasa tahu. Dan kepada yang belum tahu… jom kita ambil tahu! Dari pengalaman kita… USB Disk Security adalah sebuah aplikasi yang tak pernah lelap dari tugasnya. Ia akan mengesan dan menyekat secara auto anasir yang berbahaya seperti Malicious dan Autorun.inf pada setiap kali anda memasang usb.

Eh! Bukankah antivirus besar seperti Kaspersky telah ada fungsi untuk USB? Ya anda betul! Tapi kena faham juga, fungsi usb yang ada pada antivirus adalah untuk scan USB dan TIDAK bertindak secara auto menyekat dan menghapus virus kecil yang tersebar melalui usb.

Eh! Bukankah lebih selamat jika fungsi autoplay di matikan? Ya anda betul sekali lagi! Tapi ia sekadar tindakan menyekat sementara dan bukan bertindak sebagai penghapus virus. Padahal Malware atau sejenisnya tetap bernyawa dalam usb anda.

Paling hebat USB Disk Security tidak memerlukan kemaskini. Dan ia tetap berkesan dalam tugasannya walaupun tanpa talian internet (offline). Lebih baik aplikasi ini di lancarkan bersama start up dan jangan bimbang ia adalah perisian yang amat ringan. Tak kisahlah walaupun anda pengguna tegar ram bawah 1GB. Ianya juga serasi tanpa kompromi walaupun digandingkan dengan mana-mana antivirus berjenama di dunia ini.


Sistem: Semua OS Windows.

Klik -> USB Disk Security 6 ©pr67am™201110

Kata laluan: pr67am


Download Einfox Aurora

Saturday, October 29, 2011

eins-fox

Einsfox Aurora adalah pelayar internet pelbagai fungsi yang diubahsuai oleh saya berdasarkan pelayar internet Mozilla Firefox Aurora. Pelayar internet ini adalah portable, tidak perlu install dan mengandungi banyak fungsi menarik sama ada dari segi antaramuka, media, permainan, muat turun dan juga sekuriti.

eins-fox[7]

Einsfox Aurora dibina berdasarkan Firefox Aurora dan sentiasa dikemas kini supaya lebih stabil, laju dan dilengkapi fungsi terbaru. Antaramuka Einsfox Aurora lebih kepada antaramuka Google Chrome berbanding antarmuka asal pelayar Firefox kerana berdasarkan pendapat pengguna sebelumnya mereka lebih suka antaramuka Chrome kerana lebih ringkas dan mesra pengguna.

eins-fox[28]

Einsfox dilengkapi pelbagai addons penting dan menarik serta sokongan Userscripts dan Userstyles. Addons yang dipilih adalah berdasarkan pengalaman saya menggunakan pelayar Firefox lebih daripada 5 tahun.

eins-fox[14]

Einsfox Aurora adalah pelayar internet portable, dan boleh digunakan tanpa perlu install. Hanya perlu download file kemudian extract dan terus boleh digunakan. Anda boleh gunakan Einsfox bersama-sama pelayar internet lain seperti Firefox, Google Chrome, Opera tanpa menggangu sistem Windows anda.

Kalau anda sentiasa online menggunakan komputer pejabat, sekolah dan sebagainya anda boleh letakkan Einsfox di dalam pendrive atau external hard disk dan akses segala fungsi terbaik Einsfox dengan mudah dan cepat.

eins-fox[10]

Logo asal Einsfox Aurora adalah Ninja tapi anda boleh tukar kepada logo Alien, Superhero dan sebagainya dengan install script berikut : FXChrome Firefox Icons

eins-fox[12]

Jika anda peminat Youtube dan juga pelbagai laman web video, dengan Einsfox anda boleh download hampir semua jenis web video dengan integrasi DownloadHelper, Flashgot dan juga download manager popular seperti Internet Download Manager.

eins-fox[16]

Anda boleh bermain permainan HTML5 yang tersedia ada di dalam pelayar Einsfox : Angry Birds, Monster Dash, Gun Bros dan Bug Village.

eins-fox[18]

Akses menu pada butang “Ninja” atau menu asal Firefox dengan butang Alt pada keyboard anda. Untuk pembangun Web, Einsfox tersedia fungsi Firebug dan ColorZilla.

eins-fox[20]

Fungsi tersedia ada Facebook Photozoom dan juga fungsi untuk menyimpan status dan posts dalam Facebook.

eins-fox[22]

Urus tabs di dalam pelayar dengan mudah dengan fungsi panorama.

eins-fox[24]

Fungsi privasi dan sekuriti : Addon Cocoon membenarkan anda menggunakan proxy untuk bypass website yang kena blocked, contohnya Youtube atau Facebook kena blocked di universiti dan sekolah. Cocoon juga melindungi cookies dan history daripada direkod. Paling menarik anda boleh menonton video daripada website yang dikhususkan untuk penduduk US seperti Hulu, Pandora dan sebagainya.

Saya juga memasang addon Don’tPhishMe yang dibina oleh pihak Cybersecurity Malaysia bagi melindungi pelayar internet Malaysia daripada menjadi mangsa phishing. Lain-lain termasuk Adblock Plus yang menghalang iklan daripada disiarkan ketika melayar internet menggunakan Einsfox.

eins-fox[26]

Ingin mendownload sebarang flash games dalam bentuk swf? Hanya perlu download menggunakan DownloadHelper ketika bermain flash games atau menggunakan cara menekan pada favicon> media > dan cari file embed dalam bentuk .swf.

eins-fox[30]

Anda boleh menukar warna start screen dan untuk enable addons toolbar boleh tekan key Control + /


Saya akan update tutorial, tips dan maklumat mengenai Einsfox dengan lebih lanjut. Untuk yang berminat boleh download di bawah :

Download Einsfox Aurora (28 Oktober 2011)


Macam Macam Watak Pengguna Facebook


  1. MODEL : Tukar gambar setiap hari
  2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...
  3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)
  4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !
  5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)
  6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit
  7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'
  8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh (otw ke Mydin Mall) kemudian (di Mydin Mall shopping jap) kemudian (karaoke di Mydin Mall) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''
  9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)
  10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ? ^^,
p/s: sekadar untuk gelak gelak je pagi ni..xD~
Regard,
-Wp-


Tanda Tanda Korang Mula Ketagihan Facebook



:: :: CIRI-CIRI KETAGIH FACEBOOK :: ::
  • Tidak dapat berenggang dengan internet
  • Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau sampai di rumah.
  • Sentiasa terbayang apa yang ada dalam facebook semasa offline
  • Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
  • Lebih selesa melayari facebook daripada keluar rumah atau menonton tv
  • Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
  • Melayari facebook lebih 10 kali sehari sekadar berbual kosong.
  • Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
  • Sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
  • Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat yang tiada internet.
  • Berbagai medium untuk ber'FB seperti Mobile Web, Via SMS , Wifi , Broadband , di Office,di rumah...

hehe.. renung-renungkan dah selamat beramal.. xD~
Regard,
-Wp-


Perbandingan Antara Bill Gates Dan Steve Jobs

Friday, October 28, 2011

Dua tokoh IT yang sering diperkatakan ramai adalah Bill Gates dan juga Steve Jobs yang mana masing-masing telah menubuhkan syarikat gergasi iaitu Microsoft dan juga Apple. Kini, melalui sebuah infografik ringkas, kedua-dua tokoh IT ini dibandingkan, memperlihatkan serba sebanyak info berkaitan mereka, daripada tarikh lahir sehinggalah kepada bila mereka menjana wang 1 billion yang pertama.





share

‎[WTS] High End i3 PC Games..

Thursday, October 27, 2011

Salam reader reader sekalian, ari ni saya ada stock PC untuk dijual, bukan milik saya tapi yg pastinya milik bestfriends saya.. memg superb la jugak untuk main game-game extreme macam: |Call of Duty Black Ops| Battlefield 3|

  • Intel Core i3 550 3.2Ghz Processor
  • ESC P55H-A Black Series Motherboard
  • PC1333 2x2GB Corsair Gaming Ram
  • 500GB Hard Drive
  • ASUS 24x DVD
  • Corsair GS600 Gaming Series Power Supply
  • XFX HD5770 1GB DDR5 Graphic Card
  • Bitfenix Survivor Core Casing
  • ECS p55h-a Black Series Motherboard


COD: Bangi, Kajang, UKM KTM to Stesen KL Sental

jika anda rasa kurang puas hati..tengok gambar kat bawah ni.. (tidak termasuk Screen).


Unlocked USB Modem

Wednesday, October 19, 2011

Salam 1Malaysia
Ruangan kali ini akan menunjukkan cara mudah untuk “unlock” modem USB broadband anda. Seperti yang sedia maklum, USB Modem ini telah di”lock” hanya untuk digunakan bersama kad SIM syarikat tertentu sahaja.
Sekiranya telah bertukar broadband provider ,melalui tutorial ini,anda tidak perlu membeli USB Modem yang baru. Langkah pertama adalah untuk men”download” software “Universal MasterCode” yang boleh anda dapati di

Setelah “unzip”kan file tersebut, klik pada program itu. Kelebihan program ini adalah anda tida kperlu meng”install”nya pada komputer anda. Masuk kan IMEI USB Modem anda pada ruangan IMEI dan klik butang calculate. Salin nombor pada ruangan UNLOCK untuk tujuan unlock USB modem anda nanti.
Langkah setelah mendapat kod UNLOCK adalah seperti berikut. Masukkan kad SIM “provider” baru ke dalam USB Modem anda, cthnya kad SIM Maxis pada USB Modem Celcom . Klik pada program Celcom Broadband Manager anda dan sekiranya USB modem anda belum di”unlock”, satu window kecil akan keluar untuk anda memasukkan Unlock Code.
Masukkan UNLOCK code yang telah anda salin tadi ke dalam ruangan tersebut dan tunggu proses tersebut selesai. Anda sekarang telah sedia untuk melayari internet menggunakan broadband “baru” anda.
Selamat mencuba….

Regard,
-Wp-


Cantikkan Screen Desktop/Laptop Anda!

Ok, disebabkan ramai jugak yang tanya macam mana nak customize screen untuk jadi lebih modern dan cantik, saya sediakan sedikit info dekat sini.

Lepas baca dan gunakan info ni mungkin screen desktop atau laptop anda akan nampak begini :




atau





Cara-cara nya

1. Muat turun program Rainmeter dari laman web http://code.google.com/p/rainmeter/downloads/list. Gunakan yang latest pon ok, tapi sayatak prefer guna yang beta version. lepas download, klik pada program Rainmeter untuk di install pada komputer anda. Anda mesti bersetuju dengan terma penggunaan untuk melengkapkan proses pemasangan.

2. Buka folder Rainmeter selepa install selesai. Klik pada ikon Rainmeter hijau dan kuning. Ini adalah untuk activate kan rainmeter. (maklumat tambahan : rainmeter bertindak sebgai base, untuk dpat skin cantik2 anda kena cari "rainmeter skin" dan install)

3. Anda boleh pergi ke laman web yang membenarkan anda untuk memuat turun Rainmeter skin, seperti Customize.org atau SkinBase.org . Sesetengah laman mungkin menghendaki anda membuat akaun pengguna yang baru untuk menggunakan skins mereka. Saya suggestkan pergi ke sini, saya selalu download disini. Link =http://rainmeter.deviantart.com/gallery/23941137

4. Ok sekarang pilih skins mana yg anda minat dan suka. skin boleh guna lebih dari satu dlam satu masa. so nak guna 100 smpai pnuh screen pon ok.

5. Klik pada link "Download" untuk Skins Rainmeter yang telah anda pilih.

6. bagi saya selalu selepas download tekan double klik dan skin tu akan di install automatic. sekirnya tidak, unzip skins Rainmeter yang anda muat turun tadi dengan klik kanan pada fail dan memilih "Extract" . selepas itu tranfer file kedalam folder rainmeter anda.

7. Right Klik pada Rainmeter "titik air" yang terletak di system tray anda.

8. Pilih "Configs." Pilih skins yang anda mahu guna. Jika anda tidak melihat skins anda yang baru disenaraikan, klik pada Rainmeter "Refresh" pilihan. skins membolehkan anda untuk menambah "bar CPU," yang menunjukkan sistem maklumat mengenai komputer anda, seperti memori, alamat IP dan maklumat lain cakera keras. Anda juga boleh menambah jam, berita, sistem dan cuaca.


Selamat mencuba..
Regard,
-Wp-


[Tutorial] Buang Virus Shortcut

Asslamualaikum..kali nie saya nak share tutorial nak buang virus shortcut yangg kerap menyerang pengguna pendrive..

selalunya bila cacing nie menyerang pendrive, segala folder dalam pendrive tersebut akan jadi shortcut.. and folder anda yg asal akan dihiddenkan..


nie adalah contoh pendrive yg menjadi mangsa :




untuk melihat hidden file seperti diatas, sila bukak Tools>Folder Options >View



kemudian:
-select Show Hidden Files, folder or drivers
-untick dekat Hide Protected Operating System

klik Apply and OK..


kalau dah buat kat atas ni, boleh la nampak mcm dalam gambar pertama tu..


so, langkah seterusnya,

start>type "cmd" dan kemudian right click kat icon CMD tu dan select "Run as Administrator"


kemudian, tulis code dibawah:

Code:
attrib -s -h -r f:/*.* /s /d
huruf f kat atas tu (f:) merujuk kepada directory pendrive anda.. kalau dia kat drive F, so tulis f:, kalau kat G, tulis g: dan seterusnya..




tekan enter dan tunggu sampai skrin jadi macamni





maka dengan ini semua folder² dan file² yg dah dihiddenkan tu, sudah direstore balik kpd asal..

maka langkah akhir, anda delete semua file shortcut tersebut, beserta file Autorun.. juga delete file²/folder yg anda tak familiar..delete je tanpa was²..

dah siap..



p/s: kalau ragu², boleh jugak copy and paste file/folder anda yg penting tu masuk dlm pc, kemudian format pendrive tu sebelum paste semula dlm pendrive.. lagi selamat..

selamat mencuba dan sekian~

Regard,
-Wp-

Lock Komputer

Kalau anda tinggalkan komputer, lock komputer anda supaya orang lain tidak dapat akses masuk ke dalam komputer anda..Juga nak pastikan segala data-data anda selamat dan tidak dapat dimanipulasikan oleh orang lain..Ikut cara kat bawah..

CARA 1 --> Tekan butang "windows" + L serentak


CARA 2

1. Right-click di mana-mana ruangan kosong desktop.
2. Click New.
3. Click Shortcut.
4. Satu Dialog Box akan muncul. dalam ruangan "Type the Location of the Item field" paste ayat ni: rundll32.exe user32.dll,LockWorkStation

5. Klik Next Button.
6. Masukkan personal description anda dalam "Type a Name for this Shortcut field". (apa jua nama, contoh: mylock)
7. Klik Finish.
8. Done!

Senang je kan?? Selamat mencuba,

Lajukan Proses Copy File


Software ini dapat menolong anda melajukan proses copy ke USB atau Hard-disk anda sehingga 10% ..Hanya install dan guna...Mudah digunakan..

Ia amat berguna terutama jika anda mahu copy movie yang sebesar 700Mb, games sebesar 4Gb, software sebesar 800Mb..

Klik Disini Untuk Download ExtremeCopy_Pro_Edition

Regard,
-Wp-